Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 PENDEKATAN ANALISIS WACANA NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

 

Pendekatan analisis wacana ini bermula daripada beberapa kajian  lepas yang melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhannya serta kajian teks dan tulisan melalui beberapa bahan antaranya ialah sajak dan lirik lagu. Pendekatan ini mempunyai lima elemen iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens.

 

ELEMEN

HURAIAN

PRA-ANDAIAN

Cadangan teori oleh Abbott (2000)

Ø Suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum wujud sebarang hujah atau tindakan ; intuisi dan konteks.

Ø Intuisi (gerak hati) - kemampuan untuk faham sesuatu tanpa fikir rasional dan intelektual.

Ø Konteks; penerimaan/penafian,keperluan,perujukan,anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

EMOSI

Teori yang dipelopori oleh Cannon (1927)

Ø Perasaan atau gelojak jiwa dalam diri akibat rangsangan.

Ø Terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif serta emosi bercampur

Ø Dilihat dari perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.

NILAI DAN BUDAYA

Falsafah Pendidikan Negara (1975)

Ø Dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat

Ø Berkait rapat dengan nilai dalam falsafah pendidikan negara

BAHASA

Teori Stubbs (1983)

Ø Fokus kepada bahasa; pertama, kedua, ketiga dan lain-lain.

Ø Terbahagi kepada dua bahagian ; bahasa formal dan bahasa tidak formal

Ø Analisis kesalahan bahasa - untuk nampak lebih kritis

Ø Analisis linguistik - huraian lebih jelas dan padat

INFERENS

Cadangan teori oleh Brown & Yule (1983)

Ø Terdiri daripada tiga aspek ; rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata.

Ø Setiap satu aspek perlu dibincangkan; ujaran, interaksi, teks dan tulisan lebih lengkap dan jelas.



RUJUKAN :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Terengganu.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 SENARAI TAJUK TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN...