RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia
MUG SHOT: Mug shot merupakan sejenis tangkapan yang diambil dari jarak yang dekat dan terfokus hanya pada bahagian muka. Tujuan mug shot adalah untuk mendapatkan tangkapan terhadap raut wajah seseorang secara terperinci dan membolehkan wajah itu dikenali oleh orang ramai. Mug shot biasanya digunakan oleh wartawan untuk orang yang ditemu bual. Selain itu, gambar kad pengenalan dan pasport juga dirakam menggunakan teknik mug shot walaupun memerlukan latar belakang yang khas seperti latar yang berwarna putih dan biru.
MODEL: Zarith Az Zahra Bt Abd Halim
1) Gembira
Dalam gambar ini, model menunjukkan riak wajah yang gembira. Model berasa gembira kerana beberapa kerja telah selesai dilakukan.
2) Ketawa
Model berasa geli hati melihat video kelakar di Youtube. Gambaran video tersebut masih bermain di fikiran model.
3) Takut
Ofidiofobia iaitu sejenis fobia terhadap ular. Model berasa takut pada ular apabila terbayang atau terlihat di luar kaca televisyen dan di dalam kaca televisyen.
4) Terkejut
Model berasa terkejut melihat resit pembeliannya di kedai. Jumlah pembeliannya menghampiri RM 200.
5) Geram
Model mempunyai seorang rakan baik lelaki. Rakannya sering membuat model berasa geram dengan usikan dan gurauan yang diberikan.
6) Marah
Model berasa marah kerana terpaksa menunggu rakannya berjam-jam. Rasa marah itu dipendam agar tidak mengorbankan persahabatan mereka.
7) Sedih
Model berasa sedih dengan beberapa kehilangan yang terpaksa dilalui. Dia kehilangan beberapa orang yang disayangi.
No comments:
Post a Comment