Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu 

1. Mudah

2. Warna

3. Teks

4. Kesesuaian

5. Keseimbangan

 

Mari rujuk jadual dibawah untuk membolehkan anda lebih memahami elemen-elemen tersebut.

 

ELEMEN

HURAIAN

MUDAH

Seseorang yang melihat foto atau video akan memahami isi kandungan grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Ini bermakna, mesej atau gambaran yang berada dalam grafik tersebut mudah difahami tanpa makna yang terselindung

WARNA

Sewajarnya, warna yang ingin digunakan dalam grafik mestilah tidak lebih daripada tiga warna. Namun begitu, setiap grafik yang dihasilkan mempunyai maksud atau mesej yang tersendiri. Dalam erti kata lain, penggunaan warna melebihi tiga jenis warna adalah dibenarkan. Ia bergantung kepada penghasilan grafik tersebut.

TEKS

Elemen ini tertumpu kepada jenis, saiz font dan kandungan teks dalam grafik. Ketiga-tiga perkara ini memainkan peranan penting agar mesej yang terkandung dalam grafik tersebut dapat disampaikan dengan baik.

KESESUAIAN

Kesesuaian dalam grafik merangkumi pemilihan latar tempat, latar masa, latar watak dalam video atau foto. Setiap satu faktor yang dipilih untuk menghasilkan grafik perlulah sesuai antara satu sama lain.

KESEIMBANGAN

Elemen ini merujuk kepada ruang didalam foto misalnya kiri,kanan,atas dan bawah dalam foto tersebut. 


RUJUKAN : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Serdang.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 SENARAI TAJUK TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN...