INTERNET
Tema | Papan iklan |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Gambar yang dinyatakan di atas berkenaan dengan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, visual yang ditunjukkan dalam papan iklan tersebut mudah difahami secara jelas iaitu berkenaan dengan iklan filem “Kungfu Panda”. Pembaca dapat mentafsir dengan mudah visual yang ditunjukkan walaupun tidak dinyatakan nama filem pada papan iklan tersebut. Grafik yang dihasilkan juga jelas sehingga memudahkan pembaca memahami perkara yang dimaksudkan oleh pereka papan iklan tersebut. |
Tema | Filem Inggeris |
Rujukan | Aplikasi Pinterest |
Huraian | Dengan sekali imbas, audien dapat mengetahui dengan mudah bahawa poster di atas merupakan poster sebuah filem Inggeris yang terkenal, iaitu “Joker”. Hal ini dapat dilihat melalui teks yang tertera pada poster iaitu “Joker”. Selain itu, audien juga dapat meneka dengan mudah bahawa ia merupakan poster filem “Joker” melalui figura manusia iaitu “Joker” jika tiada perkataan “Joker” pada poster ini. Oleh itu, poster ini mudah difahami oleh audien tanpa sebarang kekeliruan. |
Tema | Iklan Pasar Raya |
Sumber | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar tersebut, pembaca dapat memahami teks dan penggunaan perkataan yang ringkas adalah ringkas dan mudah difahami. Mesej yang disampaikan juga adalah jelas penggunaan gambar barangan isi rumah dan pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang hendak ditunjukkan dalam poster tersebut. Hal ini menunjukkan pasar raya Giant dapat memberikan mesej kepada audiennya mengenai promosi yang mereka lakukan dengan mudah. |
Tema | Iklan Makanan |
Rujukan | Aplikasi Pinterest |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, kita dapat menganggap ia merupakan sebuah iklan makanan. Teks yang ditunjukkan telah mendominasikan poster tersebut sebagai promosi sebuah burger. Poster tersebut jelas menunjukkan potongan harga sebanyak 25 peratus bagi sebuah hidangan. Kontra terhadap warna ilustrasi hidangan dan warna latar belakang telah menonjolkan gambar hidangan tersebut yang dapat difahami oleh khalayak. |
Tema | Bola sepak |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Gambar berikut menerangkan pertandingan bola sepak yang berprestij tinggi iaitu piala dunia yang berlangsung di negara Russia pada tahun 2018 lalu. Gambar ini mudah difahami oleh penonton apabila melihatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana audien tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir berkaitan maklumat gambar ini. Hal ini menunjukkan bahawa foto di atas mudah difahami oleh audien. |
Tema | Perayaan |
Sumber | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, sesiapa sahaja yang melihat pasti memahami tujuan poster tersebut dipaparkan. Poster tersebut menunjukkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan disertakan grafik rumah kampung, pelita dan masjid. Lambang-lambang seperti rumah kampung, pelita dan masjid sering digunakan di dalam iklan hari raya sama ada berbentuk video mahupun foto. Hal ini menjelaskan lagi bahawa sesiapa sahaja yang melihat walaupun sekali pandang, individu tersebut dapat memahami grafik tersebut tanpa sebarang kekeliruan mahupun menafsir makna tersirat. |
Tema | Haiwan |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas menunjukkan seekor penyu yang menetas dari telurnya. Gambar ini mudah difahami oleh penonton dengan sokongan teks iaitu “Di Sini Semuanya Bermula”. Teks ini membawa maksud sebuah kehidupan yang baru bermula. Oleh itu, audien dapat mengetahui bahawa foto di atas menunjukkan bahawa itulah permulaan hidup seekor penyu. |
Tema | Pakaian |
Sumber | Google Image |
Huraian | Gambar tersebut menunjukkan iklan baju kurung berjenama Sabella. Grafik model muslimah berpakaian baju kurung dengan gandingan teks “Baju Viral Tanpa Gosok” itu dapat memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan. Maksud yang ingin disampaikan di sebalik iklan itu ialah baju keluaran Sabella ini dapat membantu dan memudahkan orang ramai untuk kelihatan bergaya dalam masa yang singkat. Oleh itu, slogan “Baju Viral Tanpa Gosok” memainkan peranan penting dalam gambar tersebut. |
Tema | Iklan Makanan |
Sumber | Google Image |
Huraian | Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat amat mengenali karakter lelaki tersebut. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan makanan. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah. |
Tema | Rak Buku |
Rujukan | Google Image |
Huraian | Berdasarkan gambar yang dipaparkan, pembaca dapat memahami dengan mudah mesej gambar ini kerana terdapat sebuah rak buku yang ingin dijual di sebuah kedai perabot. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan. Oleh itu, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
Tema | Alat Permainan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat HAIWAN alpaca mainan di atas papan kekunci. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembaca tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir apa yang ditunjukkan dalam gambar tersebut walau elemen teks dimasukkan pembaca masih boleh memahami secara tuntas. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
Tema | Persahabatan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian |
Dengan melihat foto ini, audien dapat memahami dengan mudah bahawa foto ini menunjukkan satu persahabatan. Ia dapat dilihat melalui teks yang tertera. Bukan itu sahaja, istilah persahabatan juga dapat dilihat dengan mudah melalui ekspresi wajah mereka yang gembira dan mereka juga kelihatan rapat antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, mesej grafik ini mudah difahami oleh audien. |
Tema | Alam Sekitar |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian |
Gambar yang diambil menunjukkan keadaan parit yang kotor dan kering. Ia juga menunjukkan ketidakpedulian masyarakat terhadap parit yang telah kotor tersebut dan kelihatan semakin mengering. Audien juga dapat memahami bahawa gambar tersebut mengajar mereka supaya menjaga alam sekitar yang menjadi keperluan harian manusia. Penghayatan dalam penjagaan alam sekitar juga dapat diterapkan supaya audien tidak membuang sampah ke dalam saliran dan mencintai alam sekitar supaya dalam keadaan bersih dan terpelihara. |
Tema | Alat Permainan Lego |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar alat permainan lego tersebut, dapat difahami bahawa ia menerangkan berkaitan situasi di lapangan terbang dengan adanya kapal terbang dan kereta mengangkut barang di kawasan kapal terbang tersebut. Gambar ini sangat mudah untuk difahami kerana hanya menggunakan elemen kapal terbang dan kereta mengangkut barang di sebelah kapal terbang lego tersebut. Apabila melihat sekali lalu kita dapat memahami bahawa gambar itu merujuk kepada situasi di kawasan lapangan terbang dengan hanya menggunakan dua objek alat permainan lego tersebut dapat menerangkan sesuatu keadaan atau situasi tempat. |
Tema | Matahari Terbit |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar diatas, pembaca dapat memahami dengan mudah hubungan di antara gambar dan ayat yang disertakan dalam gambar tersebut. Gambar tersebut yang dirakam saat matahari terbit berpadanan dengan kata-kata tersebut. Pembaca tidak perlu memikirkan adanya makna tersirat dalam ayat atau gambar tersebut. Gambaran matahari terbit itu melambangkan hadirnya hari yang baharu dalam kehidupan seseorang. |
Tema | Haiwan Peliharaan |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar di atas, menceritakan seekor kucing peliharaan yang berwarna putih berada di dalam sangkar. Gambar ini memenuhi ciri-ciri elemen mudah difahami tanpa memerlukan sebarang penerangan. Hal ini dikatakan demikian kerana kucing sering dikaitkan dengan comel dan manja, bersesuaian dengan teks di atas. Oleh itu, foto ini menunjukkan bahawa seekor kucing peliharaan kerana berada dalam keadaan baik, cantik dan kemas. |
Tema | Pondok Usang |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Gambar tersebut menunjukkan terdapat sebuah pondok usang yang berada di kawasan sawah padi. Dengan sekali imbas, pembaca dapat memahami dan mentafsir dengan mudah kegunaan pondok ini. Disebabkan pondok ini berada di kawasan sawah padi, sudah tentulah pondok ini merupakan tempat sementara untuk para petani berehat dan berteduh. Suasana di sekitar pondok ini juga kelihatan mendamaikan dan menenangkan seolah-olah boleh menjadi terapi bagi mengurangkan sedikit penat lelah para petani. |
Tema | Motosikal Kesayangan |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Elemen yang wujud di dalam gambar tersebut ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memberikan maklumat bahawa gambar tersebut merujuk kepada sebuah kenderaan iaitu sebuah motosikal. Bukan itu sahaja, audien juga dapat mengetahui nama bagi motosikal tersebut. Oleh itu, foto di atas mudah untuk difahami. |
Tema | Bunga Matahari |
Rujukan | Gambar sendiri |
Huraian | Berdasarkan gambar yang dinyatakan, pembaca dapat memahami dengan mudah paparan gambar yang dinyatakan iaitu terdapat sekuntum bunga matahari berwarna merah jambu. Perkara yang ditekankan pada gambar tersebut adalah elemen mudah kerana kelihatan lebih menonjol daripada elemen-elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, audien juga tidak perlu berfikir panjang untuk mentafsir objek yang ditunjukkan dalam gambar kerana tertera teks “Bunga Matahari Liar”. Oleh hal yang demikian, gambar tersebut lebih sesuai diletakkan dalam elemen mudah. |
Tema | Hadiah |
Sumber | Gambar sendiri |
Huraian | Elemen yang dipaparkan oleh gambar tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana penggunaan teks seperti ‘Happy Birthday’ yang menerangkan bahawa ianya merupakan hadiah untuk hari lahir seseorang. Apabila melihat gambar tersebut, secara tidak langsung otak kita akan memikirkan hadiah. Makanya, gambar ini sesuai dengan elemen mudah. |
No comments:
Post a Comment