Monday, April 26, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

 


Kredit : Saluran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o


Jadi pelancong bukan pengembara

 

Begitulah yang tersemat dalam diri ni sejak mula kenal erti berhijrah ke tempat orang.

Sebenarnya, aku mula semat frasa tadi tu sejak aku mula pergi kem navy waktu sekolah. So aku sangatlah aktif waktu tu. Especially bila dapat pergi kem dengan menembak. Sebabnya, bila kita pergi kem, kita akan bawak keperluan sahaja. Dan waktu tu jugak kita akan belajar cara untuk survive tau.

 

Apa kaitan dengan video dekat atas tu?

 

Video tu satu perkongsian oleh Dr Alia. Beliau mula mengembara sejak umur belasan tahun. Jadi dalam video tu, beliau kongsikan beberapa tips untuk mengembara ke tempat orang.

 

Okay aku ringkaskan dan mention dekat sini apa yang aku rasa penting untuk kita tahu. Sama ada beginner atau pro sekali pun, tips yang Dr Alia kongsikan semua ni memang penting rasanya untuk ikut.

 

First, kita kena cari maklumat. Maklumat apa? Maklumat pelbagai especially tentang tempat tu sendiri. Keadaan tempat tu macam mana. Kalau kita mengembara dalam Malaysia, negara kita sendiri, kita mudah dapat maklumat. Kadang tu tak payah tengok berita, ko buka je whatsApp haaa ada la tu penyampai cerita cepat dari berita yang sebarkan satu satu maklumat. Setakat ini, Alhamdulillah dekat Malaysia, takdalah timbul perang bagai. It is safe for us kann.. Macam mana pulak dengan keadaan nak mengembara ke luar negara? Haa kena study lebihh. Macam aku cakap tadi, cari maklumat. Penting tau. Kalau negara tu negara yang ada 4 musim, kena cek waktu kita nak ke sana, musim apa. So boleh rancang bawa pakaian yang sesuai. Then, cari maklumat transportation pula. Kang tak memasal ko tak kemana sebab tak tahu commute. Then, ko kena cari maklumat tempat makan. Okay, bab tempat makanan, aku rasa dekat malaysia tak jadi masalah sangat. Dekat luar negara la yang jadi isu. So kena cari tempat makan yang Halal untuk kita yang muslim ni. Kira macam selidik habis-habisan lah. Then, jangan sesekali berani pergi ke tempat yang kita tak tahu. Zero knowledge. Never….

 

Second, kena belajar cara dorang komunikasi pulak. Bak kata pepatah, ‘Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’. Betulkan ? HAHHAHAHAH. Okay…… Kenapa kena belajar? Kita kena belajar la perkataan asas. Cuba bayangkan kita jumpa orang yang tak pandai bahasa inggeris atau bahasa melayu. Cana tu? Sebab tu kena belajar. One more, aku nk add up kenapa kita kena belajar bahasa orang dekat tempat yang kita pergi. Eh helloooo, kalau kita pergi tempat yang kita tahu dan dah terbiasa, senang cek oiiiii. Kalau pergi tempat asing contoh aa luar negara. Kita tak tau bahasa dorang. Ah buatnya kena tipu. Aigooo. Bahaya..

 

Third, UBAT. Pentingggggggg. Baju sikit tak apa. Ada dobi, boleh basuh. Ubat? Kalau dekat Malaysia, kita ni warganegara. Kalau dekat negara luar? Costing tuu.. Mahall.. So ubat kena standby. Kurang kurang panadol ka minyak angin ka. Okay dah tu.

 

Fourth, checklist. Buat senarai supaya perjalanan kita smooth insyaAllah. Takda barang kita tertinggal. Semua cukup lengkap. Avoid isu yang remeh temeh contoh macam tertinggal berus gigi, ubat gigi apa bagai.

 

Fifth and last, duit. Sebagai pengembara, urus kewangan dengan baik. Make sure, kita dah asingkan sejumlah duit sebagai duit kecemasan. Jangan terus campur sekali. Tak boleh. Sebab kita tak tahu apa akan jadi waktu trip kita tu.

 

Haa gitulah ceritanyaaa.. Dr Alia share pengalaman beliau dalam video tu. So kalau nak tengok lagi, boleh klik video tu.

Itu sajalah.. Aku doakan sapa sahaja yang baca post ni, kita dapat diberi kesempatan dan kemudahan untuk mengembara. Aamin.

 

Sehingga ketemu lagi ya temen-temennnnn. Kita mixed Indonesia sikit kalini hehehhee





 





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 SENARAI TAJUK TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN...