Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus. Universiti Malaysia Terengganu.


RINGKASAN CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA


Bapa Alim telah membeli buah-buahan  yang menjadi kesukaan anak-anaknya pada suatu hari iaitu hari Ahad. Buah-buahan itu dibeli di pasar tani. Antara buah-buahan yang dibeli oleh bapa Alim ialah rambutan, manggis, durian, langsat dan duku. Madinah menunjukkan reaksi yang teruja apabila dia melompat-lompat sewaktu mengetahui bapanya membeli buah dengan banyak. Aisyah pula berlari mendapatkan buah manggis yang berada di dalam plastik. Ibu menyediakan bakul sampah agar sisa-sisa daripada buah-buahan itu tidak mengotorkan rumah mereka. Alim merupakan seorang anak yang baik. Dia mengingati pesan ibu dan bapanya tentang amalan berkongsi. Oleh itu, Alim ingin berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh bapaya dengan Sulaiman. Sulaiman ialah rakan Alim. Dia tinggal berdekatan dengan rumah Alim. Sulaiman tinggal bersama ibu dan ayahnya juga. Sejurus sahaja Alim menyuarakan pendapatnya untuk berkongsi makanan dengan Sulaiman, ibunya terus bersetuju. Ibu Alim mengasingkan buah-buahan yang ingin diberi kepada Sulaiman ke dalam plastik yang berwarna merah. Setelah selesai menyiapkan buah-buahan yang ingin diberi kepada Sulaiman, ibu Alim segera menghulurkan plastik itu kepada Alim. Kata ibu Alim, Sulaiman sedang menyiram pokok bunga. Di dalam plastik merah itu, ibu Alim telah membungkuskan dua jenis buah-buahan iaitu buah rambutan dan juga manggis. Alim berterima kasih kepada ibunya kerana menyediakan buah-buahan untuk Alim. Selepas itu, Alim terus segera mengambil plastik merah itu dan terus berlari ke arah rumah Sulaiman. Plastik itu diserahkan kepada Sulaiman dan Sulaiman tersenyum menerima buah-buahan yang dibawa oleh Alim. Tidak lupa juga, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selepas itu, Alim terus berlari mendapatkan ahli keluarganya semula dengan senyuman di wajahnya. Dia berasa puas kerana dapat berkongsi. Dia memahami bahawa amalan berkongsi itu merupakan satu amalan yang mendatangkan kebaikan. Dia juga faham bahawa adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah juga akan mengamalkan sikap berkongsi barangan atau pun makanan dengan dirinya. Setelah selesai makan, Alim terus sahaja ringan tulang membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan juga bapa membersihkan rumah. Kulit buah-buahan yang dikumpul dalam plastik sampah Alim bawa untuk dibuang ke dalam tong sampah besar yang berada di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah merupakan ibu kepada Sulaiman, rakannya. Mak Cik Timah turut mengucapkan terima kasih kerana Alim memberikan buah manggis dan buah rambutan itu kepada Sulaiman. Alim membalas ucapan terima kasih tersebut. Dia berkongsi kata-kata dari ibunya bahawa berkongsi itu amalan yang baik. Selain itu, ibunya juga berpesan bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub merupakan jiran yang baik. Oleh itu, kita semua perlu berbaik-baik dengan jiran-jiran kita. Mak Cik Timah turut memuji sikap Alim yang merupakan seorang anak yang baik. Namun, wajah Mak Cik Timah yang kelihatan sedih menjadi tanda tanya terhadap Alim. Rupa-rupanya, Mak Cik Timah tidak sedih. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim sudi menjalinkan hubungan yang baik dengan Sulaiman.  Alim mengatakan bahawa dia suka Sulaiman dan Sulaiman merupakan kawannya. Tidak mahu berlengah lagi, Alim melambai ke arah Mak Cik Timah dan berlalu masuk ke rumahnya sebagai tanda menamatkan perbualan mereka. Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan Alim dan juga keluarganya.





 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 SENARAI TAJUK TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN...