Saturday, April 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT


Pautan video: https://youtu.be/-h5hlplln24

Sumber: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Berdasarkan perkongsian oleh Prof. Normaliza, bahasa isyarat dapat dijelaskan sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi. Komunikasi yang menggunakan bahasa isyarat bukan sahaja digunakan apabila berkomunikasi dengan orang kurang upaya (OKU), malah kita juga boleh menggunakan bahasa isyarat apabila berkomunikasi dengan orang normal. Misalnya, apabila kita menghadapi sakit tekak atau batuk. 

Prof Normaliza juga menggalakkan bahawa orang normal juga perlu belajar bahasa isyarat. Beliau juga telah mendorong anak-anaknya belajar bahasa isyarat. Selain itu, beliau juga telah melakukan 'eksperimen sosial' iaitu beliau menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan anak beliau apabila mereka berada di tempat awam. 

Masyarakat normal perlu sedar betapa pentingnya untuk kita mempelajari bahasa isyarat. Ia bukan sahaja digunakan untuk kes-kes tertentu, malah ia juga boleh digunakan apabila kita ke tempat yang kita tidak tahu bahasanya atau tidak mampu berkomunikasi secara lisan. 

Seperti mana yang Prof Normaliza katakan, minat untuk belajar telah mendorong kita untuk belajar tentang sesuatu perkara. Hal ini juga dibuktikan apabila Prof. Normaliza berminat untuk mengetahui apa yang dituturkan oleh sekumpulan remaja yang menggunakan bahasa isyarat. Maka, beliau telah mula belajar memahami dan menggunakan bahasa isyarat. 

Bahasa isyarat merupakan suatu perkara yang istimewa kerana ia hanya menggunakan isyarat tangan. Keistimewaan bahasa isyarat ini perlu dipelihara kerana ia merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi dengan masyarakat terutamanya masyarakat istimewa. Pada pandangan saya, jika kita mula belajar bahasa isyarat, maka kita lebih selesa untuk berkomunikasi dengan masyarakat istimewa dan mereka juga akan turut berasa gembira dengan penerimaan kita tentang kehadiran mereka. 




 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 SENARAI TAJUK TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA (BBM3410) 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN...