Nama yang didaftarkan ialah Zarith Az Zahra Bt Abd Halim.
Saya merupakan penuntut Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia.
No matrik pelajar saya ialah 203930.
Latar belakang saya ?
Well, saya berasal dari keluarga yang sederhana. Saya mempunyai ayah, emak, kakak, abang dan seorang adik. Lengkap, bukan ? Alhamdulillah.
Ayah saya pada asalnya seorang tukang repair tv, mesin basuh dan peti ais. Kebelakangan ini, ayah saya sering berulang alik ke Melaka atas tuntutan kerja di kem tentera. Alhamdulillah, rezeki PKP. Hehehehe.
Okay, next.
Emak saya hanyalah seorang suri rumah tetapi emak saya ibarat Wonder Woman dalam rumah kami.
Nama emak?
Miah. Ringkas, mudah dan cepat. Bukan resepi ya. Nama emak saya yaa...
Kakak, abang dan adik.
Zarith Annissa... kakak
Hazirul Amir.... abang
Zarith Al Innsyirah... adik
Zarith itu bukan nama keturunan. Tapi entahla macam mana emak dan ayah saya suka nama Zarith itu.
Hmm.. Eh nak pergi mana ? Meh sini, meh sini.. Duduk dulu, minum kopi secawan... Menguap tu, tutup mulut. Okay? Ready.
Next..
Jalan hidup saya seperti biasa sahaja. Saya tidak mempunyai sebarang superpower ya selama 22 tahun hidup. Cumanya, cita-cita sahaja sentiasa berubah. Sebab terpengaruh dengan drama korea dekat netflix.
So, kalau dulu waktu budak-budak, nak jadi doktor lah, cikgu lah..
Then, dah dapat result exam form 4 ke form 5, teringin nak jadi akauntan sebab result math dengan akaun mantopp gituuu.
Then, sambung STPM sebab nak jimat masa taknak buat diploma. Cita-cita berubah balik nak jadi cikgu tapi up sikit sebab nak ajar student form 6 je hahahhaha. Lebih senang gitu... Lepas dapat result STPM, nak bangga sikit nii, dapat lah tamatkan STPM dengan gred 3.67. Alhamdulillah. Mintalah kos pendidikan. Tapi, tak dapat walaupun jarang ya pemohon nak dapat panggilan untuk kedua-dua temuduga. Kata oranglah yang itu.
Dah tak dapat kos pendidikan, saya ubah cita cita untuk menjadi pensyarah atau editor buku. Atau kedua-duanya sekali. Saya suka duit, sebab itu goal saya adalah duit dan kerja. Cinta? Ah malas la. Nanti lah kann.
Okay, cut the crap.
Hobi ?
Hobi pun banyak.. Membaca, melukis, menyanyi, berangan, tengok drama.. emm macam macam.. Ikut situasi, mood.. Kadang-kadang tu, suka berangan reka skrip, sajak bagai. Tapi itulah, tak yakin untuk publish apa-apa.. Macam tak betul je hahahhaa.. Haa lagi satu, saya suka perasan macam model. Nantikan gambar saya yaaa...
Kawan-kawan? Alahh, tak payah tahu.. Keep them in my private life hew hew..
Ohh yaaa.. Lastt.
Ini yang saya selalu pegang,
Wound heals, but the pain stay..
Bagi saya, apa pun yang jadi, ia akan berlalu. Tapi parut atau kesan tetap kekal dengan kita. Jadi, berhati-hatilah dalam mencipta langkah. Jangan terus melompat ke anak tangga ke 6 kalau belum menapak di anak tangga pertama. Jatuh, sakit bangnonnnn...
Itu je lah untuk sekarang.. Dah banyak sangat goreng pi mai pi mai ni, orang Kedah la kata gutu.. Lagipun, cek asai dari Kedahhh..
Okaylah..
Sehingga ketemu lagi yaaaa...
Annyeonggg... 👋👋👋👋👋👋👋👋👋👋
No comments:
Post a Comment